Monday, 29 October 2012
Assalamualaikum ツ
Esok aku tak sekolahh. So dengan aku hanya mengadap laptop bkk Twitter, Fb, Edit blog semue tu. Now i got a boring time. Cube korang baca perbualan anak dengan ayah nya ni :
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?Ayah: Hmmm....nak tanya apa?Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?... Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?Si ayah mula menjadi berang dan berkata,"Oh, itu ke sebabnya kamutanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintaksampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cariduit, kamusenang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10ringgit.Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untukkeperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamubenar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkansekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang."Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.Sambil menggenggam kemas duit itu, diamenerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolahyang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin takcukup duit...""Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balikkerja awal esok.Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..
-----------------------
Sedih kan? sumber : pesbuk. Sorry no link. hoho.
IKLAN KEJAB.
Saya tutup Entry saya dengan Assalamualaikum.
← Newer PostOlder Post →