Tuesday, 4 October 2011
pergi pade tip sejarah pulak ,
tips penting :
Faktor Campur Tangan British di Negeri-Negerri Melayu Selepas Tahun 1874.
- Kekayaan hasil bumi
• Negeri Negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
- Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain
• Menyebabkan Britan memerlukan :
- Bekalan bijih timah yang berterusan
- Pasaran baru
- Pembukaan Terusan Suez dan penggunaan kapal wap
• Memendekkan jarak perjalanan dari Eropah ke Asia Tenggara
• Mempercepatkan perjalanan ke Asia Tenggara
• Meningkatkan jumlah muatan barangan
- Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain
• Menyekat perlumbaan kuasa Eropah seperti Belanda, Perancis dan Sepanyol untuk bertapak di Tanah Melayu
- Penguasaan Parti Konservatif di Britain
• Melaksanakan dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu
- Desakan pedagang di Negeri-Negeri Selat
• Pergaduhan kongsi gelap menyebabkan pedagang kerugian
• Pada tahun 1873, seramai 243 pedagang di Negeri-Negeri Selat telah mengutus surat kepada Lord Kimberly (Setiausaha Tanah Jajahan British) mendesak campur tangan British.
contoh soalan :
- Mengapakah British melaksanakan dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874?
- Mengatasi masalah tenaga buruh
- Menggalakkan pelaburan modal luar
- Meningkatkan taraf hidup penduduk
- Menyekat kemaraan kuasa asing
Tip Jawapan:
Soalan ini bertanyakan tentang faktor campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Antara faktor campur tangan tersebut ialah menyekat pertapakan kuasa Barat yang lain di Tanah Melayu seperti Belanda, Perancis dan Sepanyol.
Jawapan: D
berguna kan tip mcm ni , say thanks pade tutor tv !
← Newer PostOlder Post →